BURUNG JIN?
DUNGUN, TERENGGANU: Pada 5.6.2014, kami sekeluarga ke Pantai Teluk Lipat yang terletak di Kampung Sura, Dungun, Terengganu. Difahamkan, pantai ini akan dijadikan pelabuhan terbaru di Kuala Terengganu memandangkan kawasan tersebut telah dijalankan projek terbabit.
Apabila kami tiba di tepi pantai terbabit, Penulis merakam 15 keping foto. Dalam banyak foto itu, hanya foto yang kesembilan membentuk lembaga seperti seekor burung itu. Manakala foto yang ke-10 dalam kedudukan yang sama, tidak lagi kelihatan objek berbentuk lembaga seperti itu padahal kedua-dua foto berkenaan dalam keadaan yang sama.
Boleh jadi, makhluk itu muncul secara tidak sengaja lalu melintas untuk melihat kehadiran kami di kawasan pantai terbabit.
Boleh jadi, makhluk itu muncul secara tidak sengaja lalu melintas untuk melihat kehadiran kami di kawasan pantai terbabit.
Foto ini dirakam di Pantai Teluk Lipat, Kampung Sura, Dungun, Terengganu pada 5.6.2014 jam 9.39 malam.
Teks dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan