KOTA BHARU, KELANTAN: Foto ini dirakam pada hakikat sebenarnya tidak mempunyai tujuan khusus tetapi sekadar suka-suka kerana mempunyai masa terluang sahaja.
Lazimnya, apabila rakaman khusus sama ada untuk tujuan berita dan artikel, foto yang telah dirakam itu diteliti terlebih dahulu sebelum disiarkan. Namun, sekeping foto ini amat tidak disangka bahawa ada objek berbentuk lembaga seperti seorang perempuan.
Berlakunya hal ini apabila pada ketika itu seringkali dapat dilihat kelibat seorang budak lelaki (jin) yang ketika itu berusia kira-kira empat (4) atau lima (5) tahun yang didapati sering berkeliaran di hadapan rumah Penulis. Setiap kali dapat dilihat budak jin ini akan duduk dan melalui di bawah sebatang tiang lampu yang letaknya di atas tebing dalam jarak beberapa meter dari rumah Penulis.
Budak jin ini sering berkeliaran dan mundar-mandir di hadapan rumah Penulis setiap kali Penulis dan keluarga melakukan aktiviti keluarga seperti bar-b-que, membersihkan halaman rumah, mencuci dalam rumah dan sebarang aktiviti yang menyihatkan. Mungkin budak jin ini gemarkan dengan keadaan itu menyebabkannya sering menjenguk keluarga Penulis.
Sementelah pula apabila sering diadakan majlis bar-b-que di dalam kawasan penempatan dan perkampungannya. Satu perkera lagi yang menyebabkannya sering berkeliaran apabila perkampungan dan penempatannya yang letaknya di hadapan rumah Penulis telah dibongkar ketika itu menyebabkannya berasa sedih dengan sikap manusia yang merosakkan rumah dan kediamannya.
Sebenarnya penempatan dan perkampungan golongan jin ini agak memanjang di bahagian dapur kediaman mereka yang bermula dari kiri hingga hujungnya.
Foto ini dirakam pada 19.3.2012, jam 8.20 malam di Kg. Bawah Lembah, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan.
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan